Siri yang sangat menyentuh!
Dah lama saya tidak melayan drama GMMTV sebenarnya. Saya lebih menggemari drama CH3.Dari EP1, saya merasakan bahawa drama ini memang ringan dan saya agak curiga dengan keserasian OhmNanon. Ternyata sangat serasi. Ohmnanon memberikan kesemuanya untuk menghidupkan watak masing². Jalan cerita berbentuk Romcom sebegini berjaya membuat perasaan saya berkecamuk. Walaupun jalan cerita mudah, kita masih tertanya² apa akan berlaku selepas ini. Pengarah juga bijak memainkan perasaan penonton dgn previu EP. Setiap scene terakhir memberi kesan yang membuatkan kita terunggu² untuk tibanya hari Jumaat. Saya amat berpuas hati dengan siri ini dan akan ulang tonton kerana biasanya hanya lakorn CH3 yang dramatik sahaja yang membuat saya rasa macam².
Runut lagu pula membantu saya mengubat rindu sementara tibanya hari jumaat. Dah buat tiktok pun!
Tahniah kepada seluruh pasukan แค่เพื่อนกับเพื่อน. ผมรู้สึกพอใจจังเลยครับ. ตบมือดังๆครับ
Was this review helpful to you?
Lakorn moden
Dari Ep1, tiada siapa yang jangkakan bahawa siri ini akan menjadi semakin gelap dan kucar kacir. Setiap watak mempunyai dorongan dan alasan masing² untuk membuat tindak balas dan keputusan.Jalan cerita yang sangat menarik, penuh dengan adegan yang tidak dijangka! Setiap lakonan watak utama sangat meyakinkan dan hebat! Terutama sekali Pat. Aya Jan dan Fah juga tidak kurang hebatnya.
Cuma.. mengapa ada satu muzik tema? Boleh je selitkan beberapa lagi kot seperti siri F4.
Apa² pun, drama ini memang menggamit perasaan dan berkualiti!
Was this review helpful to you?
Suka duka lawak tangisan dan jalan cerita yang mantap!
Ini adalah ulasan pertama saya.Saya tonton drama ini kerana p’Jennie dan nong Ohm.
Pada awalnya, jalan cerita mudah untuk dihadam. Banyak unsur² fantasi yang lawak dan tak masuk akal tapi menghiburkan.
Yang pasti, mood penceritaan bertukar selepas beberapa episod, dimana Paan mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap Kim setelah penukaran tubuh.
Drama ini bukan sekadar berunsur BL, tetapi mempersembahkan cinta dalam pelbagai bentuk. Saya amat puas hati dengan siri The Shipper. Mengharapkan Musim ke 2!!!!
Ps. Suka sangat versi piano lagu แคร์ไกลไกล dan ฉันเป็นของเธอทุกวัน!! Berhantu!
Sila tonton!!
Was this review helpful to you?